Monday, January 17, 2011

tunjukkan jalan



tiba2 perasaan menjadi sayu bilamana aku memikirkan tentang masa hadapan. aku sudah tak mahu mempersoal tentang keputusan yang telah aku bulatkan dalam hati. aku hanya mahu untuk terus tanpa mengira apa yang bakal jadi, tanpa memperduli jika ada akibat buruk daripada keputusan aku. tapi tenyata aku hanya membohong diri. ternyata yang aku tidak boleh lepas dari memikir tentang keputusan yang telah aku putuskan kira2 2 bulan yang lalu. ia sentiasa berlegar didalam kepala. aku khuatir, jika aku tak kuat untuk menempuh kemungkinan2 tersebut. tapi, jauh disudut hati aku juga ada berbisik bahawa aku mampu. kehidupan tidak mungkin sempurna walaupun kita mahukannya sempurna. tetap akan pasti ada kurang sana sininya. tidak akan mungkin sempurna. makanya, diam2, aku panjatkan doa pada Dia, agar diberi petunjuk untuk setiap langkah aku. aku doa pada Dia, agar aku tabah dan kuat mengharung segala apa kemungkinan yang bakal tiba. segalanya ketentuan Dia. aku hanya merancang.

amin.

0 comments: