terfikir tentang ajal maut jodoh pertemuan. segalanya berada ditangan Dia tanpa mengira usia. jika telah ditetapkan oleh Dia telah sampai jodoh seseorang itu, maka berakadlah mereka. jika telah ditulis oleh Dia akan diambil nyawa seseorang itu pada saat dan ketika ini, maka arwahlah dia. tapi aku tak terfikir tentang sesiapa yang akan bernikah atau akan mati. aku terfikir tentang orang2 sekeliling mereka2 yang akan bernikah dan akan mati ni.
apa yang aku terfikir adalah bila mana kita akan begitu sibuk bercerita tentang kawan2 sebaya kita yang sedang beratur ingin mengakhiri zaman bujang mereka. tiba2 kita akan rasa tersentap dengan khabar seorang demi seorang teman berkahwin. kita pun akan sibuk bercerita menyatakan hasrat hati ingin turut sama berumah tangga. yang dah berboifren akan mula bertanya pada boifren masing2 bila kita nak kahwin. yang single pulak sibuk mencari calon suami yang sesuai. kadang2 lagak gaya macam desperate nak berlaki pun ada. betapa kan memang macam ni sifat manusia. begitu senang cemburu pada bahagia mereka yang lain.
dan kemudiannya aku terfikir tentang rakan2 yang telah dijemput Ilahi pada usia sebaya aku yang aku kira masih muda. masih banyak impian yang ingin digapai tapi tak kesampaian. bilamana kita mendengar khabar tentang mereka2 yang masih muda kembali pada Dia hati kita tersentap. kemudiannya mulut melafazkan innalillah dan menyedekahkan Al-Fatihah. hanya sekadar itu. dalam situasi ini, tak pulak kita sibuk bercerita melainkan cerita tentang simati. tak pulak ada rasa ingin dihati rasa kesedaran, rasa insaf bahawa bila2 masa nyawa kita akan ditarik. tak pulak kita rasa sibuk mahu mencari keredhaan Dia. memang lumrahnya manusia. sering kali lupa tentang kematian yang akan menjemput kita bila2 masa sahaja.
memang inilah kita. memang inilah aku terutamanya.

0 comments:
Post a Comment