dari petang semalam, sehingga ke hari ini. aku disajikan oleh clip 'Romantika di Kuala Lumpur' yang aku kira sedang menjadi topik hangat perbualan di ketika dan saat ini. komen di facebook berjela mengutuk tentang ini. begitu juga di blog2 persendirian. rata2 semua membenci. tidak kurang juga yang risau. aku tonton clip tersebut petang semalam yang telah di post oleh seorang sahabat di facebook. habis tonton, aku speechless. untuk komen barang sepatah dua ayat juga aku tak mampu untuk menggambarkan betapa jelik dan bencinya aku terhadap laku mereka. dan clip itu hanya aku mampu tonton sekali sahaja.
aku bukan gadis yang baik kerana aku sendiri punya jahatnya. aku sendiri punya 'dirty little secret'. konklusinya, memang aku bukan seorang yang baik, yang boleh dijadikan contoh tauladan. bukan aku.
tapi, demi aku tertonton clip terbabit, aku sedih. aku benci. aku takut. aku sedih terfikir, apa masa depan mereka khususnya si perempuan? aku sedih, apa rasa mak ayah mereka jika mereka menonton laku anak mereka begitu? aku benci, kenapa begitu mudah? aku takut, bagaimana laku anak2 aku kelak? banyak yang aku mahu persoalkan dan maki hamunkan. cuma aku simpankan jauh2 dalam hati. kerana aku risaukan yang ini:
rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)
dunia memang semakin menakutkan sekarang. sekarang sahaja sudah begini. kelak? zaman anak2 aku esok, macam mana? demi benda yang sebegini, akan mula terlintas untuk aku tak mahu berkahwin dan punya zuriat. kerana aku takut. aku khuatir tidak cukup bimbing, mereka akan sesat terpesong. aku bimbang jika perangai buruk aku yang melekat dalam diri mereka akan memudaratkan mereka. aku risau jika dunia kejami mereka.
macam mak-mak kan?
aku takut. betul. aku tak tipu. aku risau. aku bimbang. aku khuatir. dan segala makna yang sewaktu dengannya.
sesungguhnya budak2 zaman sekarang memang pantas majunya. moden fikirannya. matang lagaknya. terbuka lakunya. hilang malunya. dan begitu bangga mempamer dosa.
mohon dijauhkan dari keturunanku. amin.

2 comments:
salam. akak punya cara berfikir sangat sama ngan saya punya. first time jumpa orang yang berfikir mcm ni. suka =)
sama2 la kita jaga keturunan kita ya?
insyaAllah, amin.
kamu pun jaga diri ya?:)
Post a Comment