Sunday, October 7, 2012

semoga esok

tak mampu untuk meluah apa yang didada. 
ranapnya dah berkali. 
namun dicubanya bina kembali satu persatu. 
Subhanallah dia dah terlalu hancur sebenarnya. 
dah luluh segala isi dalamnya. 
tapi demi kerana nafasnya masih ada, 
dia gagahkan segala urat nadi yang bisa untuk berdiri. 
dia cuba selak lembaran demi lembaran.
demi mencari hikmah disetiap kejadian. 
baginya dia tidak lagi punya harapan untuk bahagia.
semuanya dah habis direntap mereka2. 
sejujur rasa dia sudah mahu berhenti bernafas. 
kerana dia lelah sama harapan. 
kerana harapan2 inilah yang perlahan2 menyiat jiwa. 
dan membunuhnya perlahan. 
doa dia diam2,

semoga esok dia mati.

0 comments: