Tuesday, October 9, 2012

serius aku takut

aku tak tipu bila aku rasa nak mati. bukan sebab terlalu kecewa dengan hidup. jauh sekali sebab dah banyak pahala. tapi sebab aku rasa, selagi aku bernafas, makin banyak dosa yang aku buat. beban dosa tu yang aku tak tertanggung. jujurnya takut dengan mati. bila2 je boleh Dia cabut nyawa ni. tapi dosa aku menggunung tinggi. 

Allahuakhbar. 

memang payah untuk aku nyatakan bagaimana. tapi, untuk jadi istiqomah dalam berubah bagi seorang yang bernama aku nie, memang teramat payah. mungkin sebab dah terlalu hitam pekat likat hatinya. sebab tu susah iman nak lekat. aku cemburu melihat perubahan2 mereka2 yang pernah aku kenal dulu. tertutup sempurna. berpurdah. dan aku yakin dalamanya lebih terjaga lagi.

Subhanallah. 

indah. kuat sungguh hati mereka. aku cemburu. kenapa aku tak boleh menjadi seperti mereka2 itu? sekurang2nya kekal dalam melaksanakan yang wajib. dan tinggalkan larangan Dia. tapi aku masih gagal. gagal teruk. hancur. aku tak tahu bagaimana lagi caranya untuk terus istiqomah. iman ini. macam dah takde dalam diri. 

aku takut. 
takut pergi aku dalam dosa yang setinggi langit ini. 
aku takut. 
takut Allah tarik rasa hidayah yang selalu datang tapi tak aku cernakan dalam hati aku. 
aku takut. 
takut mati aku luar dari iman.

serius. aku takut.
serius. aku tak tahu macam mana mahu istiqomah.
serius. aku mahu berubah.

serius ini bukan omong kosong.

0 comments: