Thursday, March 1, 2012

kutip dan tampal

hari2 aku terfikir, memikir, berfikir benda yang dah lepas. benda yang dah berlaku. benda yang dah buat aku menyesal. segala benda. yang akhirnya membawa kepada kebencian pada diri aku sendiri. ya memang aku benci. yang bodoh bingai bengap letak hati lebih tinggi dari akal. letak otak separas lutut. memang gampang.

tapi nanti terkadang menyelusup kasihan pada diri sendiri. kerana dibenci diri sendiri. kerana porak perandanya hati dia kerana salah percaturan. kerana setiap pagi bangun dia, dia perlu pujuk diri untuk kuat mengharungi satu hari suntuk itu. kerana dia tidak berlaku jujur pada diri dia sendiri bilamana luaran dia sedang senyum molek sedang dalaman dia sedang terhancurkan cebisan demi cebisan.

dan nanti akal mula menerawang jauh berfikir, memikir, terfikir kenapa? kenapa sanggup si bangsat itu datang bagi dia senyum dan kemudiannya menyiat dia perlahan? kenapa si sial itu tak pernah terfikirkan tentang akhirnya dia bila sedang memulakan? kenapa si jahanam itu hanya mementingkan diri semata dan membiar dia ranap? kenapa otak si bangsat, si sial dan si jahanam itu letaknya dibawah buku lali?

ya. menyalahkan itu memang nikmat. tapi masih tak akan mampu untuk mencantum hati yang telah hancur. masih tak akan mampu untuk mengisi jiwa yang telah kontang.

sampai mungkin nanti datang yang sudi untuk tolong kutip dan tampal hati itu.

0 comments: