Thursday, December 10, 2009

::.kau&aku.::


bagaimana rasanya bila kau tersangat faham bahawasanya benda itu adalah salah tapi hati kecil kau telah mula mengatakan; "takpe..." makanya kau teruskan juga melakukan salah itu. kau nampak akibat buruknya. kau arif tentang bahananya. tapi kau degil. tetap mahu didengar kata2 syaitan itu.

dah namanya melakukan benda yang salah, dah tentu2lah di akhirnya akan ada penyesalan. pada masa dan ketika itu, yang hanya termampu adalah membodoh bangangkan diri. dan pada masa itu hati kecil mula mengatakan; "kalaulah...". kau mula menyesali segalanya.

ah! memang dasar kau yang suka menyalahkan yang lain selain diri sendiri. salahnya dari mula dulu adalah kau! kau bijak guna otak membeza bahawa itu adalah salah. tapi kau bodoh memujuk hati membuat penilaian dan keputusan.

akhirnya kau disitu. terperosok disudut itu. merasakan diri sangat jahanam. merasakan diri terlalu jijik. kau malu. kau meratap sesal. serasa mahu mati.

hmm...

kau.
mari sini. mari kedakap aku. mari aku peluk erat. aku mahu bisikkan sesuatu.

kau.
Tuhan Maha Pengampun. Tuhan Maha Penyayang. pergi bersihkan diri. pergi jumpa Tuhan. Dia sentiasa ada.

kau.
bangkit dari silap lalu. bina jati diri baru. hidup perlu terus.

kau.
aku sayang kau. kita saling teramat perlu. mari aku pimpin kau. mari aku dakap kau. bersatu sama aku.

kau adalah aku.
aku adalah kau.

2 comments:

ardz amy said...

my dear how about your result dah tgk belum?

ardz amy said...

x per jaja, x kesah la mcm mana pun result kau, ak akan ttp sokong kau, x mau mengalah cpt tau,